
|
OWNER ![]() Erkk ![]() Credits!
| TAK MAMPU
Assalamualaikum w .b .t .
Tiba2 kerasaan macam buat walimatulurus(abaikan ejaan aku kalau tak betoi). ...and NOW I KNOW ..
...tatkala hujan lebat yang diselang-seli dengan guruh yang berdentum kuatnya ditambah lagi dengan kilat yang tidak henti-henti menyambar, kelihatan seorang gadis yang kian meningkat remaja berulang-alik dari deretan kedai-kedai lama . Tidak mematahkan semangat gadis itu untuk terus memikirkan cara bagaimana dia mahu melepaskan diri daripada keadaan itu . Sememangnya dia sudah biasa melalui keadaan seperti itu tetapi hari itu adalah hari yang sangat mencabar baginya kerana perlu melalui perkara yang tak pernah terjadi sepanjang hidupnya .
Telefon bimbit yang sentiasa dipegang erat bersamanya tidak henti-henti dimainkan oleh jarinya yang runcing untuk mendail nombor insan yang ingin dihubungi . Sebenarnya, keadaan seperti itu tiak mendatang masalah kepadanya tetapi .. entahlah ..ada sesuatu perasaan aneh yang tuan empunya sendiri tidak dapat gambarkan . Sayangnya, hanya satu insan sahaja yang membalas suara merdunya di telefon bimbit tetapi insan tersebut TAK MAMPU . Dan gadis tersebut sangat pasti yang perkara itu akan terjadi .
Si gadis melagukan suaranya kepada insan yang amat dibangganya . Dan sekali lagi dia tahu insan tersebut TAK MAMPU . Si gadis mula merayau-rayau di sekitar dengan matanya meliar sekeliling hanya untuk mencari ketenangan . Dengan hanya berseluar jeanstraightcut si gadis menunggu di hadapan satu kedai yang asalnya di situlah perkara aneh ini berlaku .
***
Baju lengan panjang bertulis Arsenal di bahagian depan dibetulkan supaya kelihatan kemas serta tudungnya dilipat rapi bagi kelihatan cantik padanya dan dia sikit tidak terniat untuk menunjuk-nunjuk . Selesai sesi kursus KPP yang dihadiri pada hari itu, si gadis menunggu van yang akan membawanya pulang ke tempat yang diambil pada pagi itu .
Si gadis telah diperintah untuk mengambil lesen memandu B2( motosikal) secepat yang mungkin supaya mudah untuk dia bergerak ke sana ke mari tanpa menyusahkan insan yang lain dan dia hanya akur akan perintah itu. Kursus yang dihadiri memberi beribu erti . Si gadis mula sedar dia tidak boleh bergantung kepada sesiapa kerana tiada sesiapa yang boleh membantu sekiranya dia tidak memulakan . Selalunya di sekolah ada teman-teman yang boleh menemani dan diajak berbual . Di rumah ada ibu bapa yang boleh diajak bersembang ... tetapi di tempat orang bukan sebarangan mahu diajak bercakap . Kini baru dia sedar, orang-orang di luar sangat berbeza dengan apa yang difikirkan .
***
Peristiwa yang berlaku pada hari itu sangat bereti buatnya . Dengan hanya berbekalkan lima ringgit, dia meredah hujan yang lebat untuk pergi ke suatu tempat yang sangat diperlukan pada waktu itu . *biarlah tempat itu menjadi rahsia kemungkinan memalukan si gadis . Apabila difikirkan, memang satu tindakan yang tidak masuk akal untuk meredah hujan lebat hanya untuk ke tempat itu . Padahal ada tempat itu hanya berdekatan dengan kedai yang ditunggu tadi . Tetapi dalam keadaan darurat pada masa itu segala benda sudah tak boleh dicerna oleh akalnya . Hanya itu jalan yang dapat difikir iaitu meredah hujan .
Pakaian yang dipakai sudah habis dibasah air hujan tetapi tidak mematahkan semangat untuk terus bertahan . Apa yang difikirkan dia hanya ada lagi dua jam untuk pulang ke rumah . Terasa ingin menitis sahaja airmata ketika itu tetapi masih mampu ditahan .
Orang sekeliling melihat si gadis dengan pandangan yang susah untuk dieertikan . Meredah hujan sepanjang 1 kilometer bukanlah perkara yang diinginkan tetapi dia harus melakukan . Setelah tugasnya selesai di tempat yang dituju, si gadis menunggu seperti pengemis di kaki lima kedai-kedai . Airmata yang ingin menitis ditahan . Dia perlu kuat .
***
Sampainya di rumah, terus insan itu bertanya itu dan ini . Dan semestinya si gadis TAK MAMPU untuk bertahan dari menitiskan aitmata . Si gadis terus menukar cerita bagi mengawal perasaannya . Dan sekali lagi si gadis TAK MAMPU untuk mengembirakan insan-insan itu . Dia ... :'(
_________________________________________________________________________________
Oh okeh .... mungkin cerita yang ingin disampai sangat mengelirukan . Tapi trust me, story tu sangat bermaksud untuk si gadis tapi dia tak tau macam mana nak kata . Insan yang disebut tu bukan orang asing pun . Insan penting jugak kat dia tapi sebab dia tak mau nak susahkan dia pilih la buat benda lain . Confuse ? HAHA . Tak paham tak pa . Tapi kat sini nak cakap . HARGAI ORANG YANG TERSAYANG SELAGI MEREKA MASIH ADA . Mungkin aku tak sempurna tapi aku taw apa yang aku buat .
Apa-apa pun kita ENJOY !!
Mak nenek .. apa hang buat .. tapi tak pa .. hang sedaq pa hang buat .. hang tak kuanjaq ngan orang tu dah kiqa oke la .. bahasa kedah aku .! Sobsob . Apahal laa ..
Wasalam
|